Blog Tutorial By BalQis
Sy mlik Allah S.W.T. sgala slh silap mhon diampunkn..smoga kte berkwn hgga akhirt
Tutorial - Automatik Buka Link Dalam New Tab Dari Blog
Dalam setting Default, semua link yang terdapat dalam blog sekirangnya
korang klik akan terbuka dalam page/tab yang sama. Ada kebaikan dan ada
keburukannya. Kebaikannya pelawat akan kekal dalam blog korang
(sekiranya link tu korang yang punya), keburukannya jika link yang di
klik tu orang lain yang punya, ia akan pindahkan pelawat korang ke link
yang di klik tadi. Keburukan sentiasa buka link dalam new tab pula, tab
akan bertimbun jika banyak link yang di klik (kepada pelawat blog).
Sharing is caring ^_^
Tutorial - Cara Untuk Back Up Template Dalam Blogger
Template merupakan susunan kod HTML/JavaScript, CSS, jQuery dan
lain-lain kod ada yang akan membentuk blog. Kod yang terdapat dalam
template korang merupakan aspek yang sangat penting dalam membentuk
paparan, susunan, dan fungsi yang terdapat dalam blog.
Terdapat banyak teknik pengubahsuaian blog memerlukan korang untuk
lakukannya di dalam Template. Template saya diibaratkan sebagai sebuah
"Rumah" kepada blogger. Sekali korang renovate ia akan menjadi sama ada
cantik atau bertambah tak cantik atau mungkin akan runtuh (mendapat
error). Jadi sebelum rumah korang runtuh, ada baiknya korang belajar
cara untuk Back Up template korang.
Subscribe to:
Posts (Atom)