Get paid to share your links!
The title of your home page Blog Tutorial By BalQis: September 2013
"Backlink Review" By Balqis --> New : Untuk BACKLINK website anda sila komen di mana2 post blog Balqis
Flag Counter

Tutorial - Automatik Buka Link Dalam New Tab Dari Blog

Dalam setting Default, semua link yang terdapat dalam blog sekirangnya korang klik akan terbuka dalam page/tab yang sama. Ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikannya pelawat akan kekal dalam blog korang (sekiranya link tu korang yang punya), keburukannya jika link yang di klik tu orang lain yang punya, ia akan pindahkan pelawat korang ke link yang di klik tadi. Keburukan sentiasa buka link dalam new tab pula, tab akan bertimbun jika banyak link yang di klik (kepada pelawat blog).

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Cara Untuk Back Up Template Dalam Blogger

Template merupakan susunan kod HTML/JavaScript, CSS, jQuery dan lain-lain kod ada yang akan membentuk blog. Kod yang terdapat dalam template korang merupakan aspek yang sangat penting dalam membentuk paparan, susunan, dan fungsi yang terdapat dalam blog.
Terdapat banyak teknik pengubahsuaian blog memerlukan korang untuk lakukannya di dalam Template. Template saya diibaratkan sebagai sebuah "Rumah" kepada blogger. Sekali korang renovate ia akan menjadi sama ada cantik atau bertambah tak cantik atau mungkin akan runtuh (mendapat error). Jadi sebelum rumah korang runtuh, ada baiknya korang belajar cara untuk Back Up template korang.

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Meletakkan Gambar Dalam Post Blogger

Meletakkan gambar di dalam entri adalah sangat penting. Kalau post korang, sudahlah panjang dan tidak diselitkan dengan gambar, ia akan membuatkan pembaca bosan. Gambar merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca blog korang untuk membaca entri.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa otak manusia ni lebih mudah untuk membaca gambar, bak kata pepatah English "Picture Worth A Thousand Words". Dan saya pasti, ramai pembaca blog akan melihat gambar entri dahulu sebelum membaca post. Jadi korang jangan lupa letak gambar di setiap post korang, biarlah walaupun sekeping.

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Menulis dan Publish Post dalam Blogger

Membuat post untuk entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas dalam dunia berblog. Di ruangan inilah korang boleh melakar coretan informasi, luahan isi minda korang, perkongsian tips, idea, membuat review dan segala apa yang tersimpan dalam pemikiran, yang korang nak share dan sampaikan kepada pembaca blog korang. Pendek kata korang boleh menulis hampir apa-apa sahaja dalam ruangan post ini.

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Buatkan Gambar Bergerak Menggunakan HTML Marquee Tag

Tutorial - Bagaimana nak Buatkan Gambar Bergerak-gerak?


Dalam tutorial sebelum ni, saya pernah tunjukkan korang cara untuk menggerakkan perkataan menggunakan marquee tag. Dalam tutorial kali ni pula, saya akan mengajar cara untuk menggerakkan gambar, serta memberhentikannya apabila pointer mouse pointing ke arah gambar. Caranya lebih kurang sama dengan menggerakkan perkataan, cuma perlu ditambah beberapa benda.

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Buat Ayat Berkelip-Kelip Dalam Blog Post

Basic HTML Code



Ayat yang berkelip-kelip biasanya digunakan untuk menarik perhatian. Pembaca blog korang pasti akan tertarik untuk melihat bahagian yang berkelip-kelip. Tapi jangan pula kelipkan semua bahagian post, macam mana nak baca nanti!

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Cara Untuk Membuat Blog Baru Dalam Blogger

Korang nak jadi Blogger, tapi tertanya-tanya macam mana nak Start? Tutorial ini akan mengajar korang bagaimana nak buat blog dalam Blogger. Kenapa pilih Blogger? Sebab dalam Blogger.com, korang boleh buat blog secara percuma, dan caranya sangat mudah.

Sebelum korang buat blog baru, Korang boleh Klik Sini untuk mendapatkan Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru.

Sharing is caring ^_^

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru

Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru
Salam.. Hello Hello~

Sejak beberapa minggu ni, Balqis telah menerima beberapa e-mail daripada pembaca bertanyakan tentang cara untuk memulakan blog baru. Selepas berkongsi pendapat saya dengan mereka, beserta dengan beberapa tips dan idea, Saya rasa, saya ingin membantu lebih ramai lagi, daripada hanya berkongsi kepada beberapa orang sahaja. Itulah yang memberikan saya inspirasi untuk membuat post ni.

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Menghilangkan "Showing Posts With Label Blogger"

Bagaimana Cara Untuk Membuang "Showing Post With Label Blogger"?


 "Showing Post With Label Blogger" akan terpapar apabila kita klik pada link Label. Jika anda tidak suka benda ini dipaparkan apabila korang klik link label korang, sila baca entry di bawah ni untuk melenyapkannya dari blog korang :D.

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Cara buang atau hide Navbar dalam blogger

APAKAH BLOGGER NAVBAR?
Blogger Navbar muncul secara default di bahagian atas setiap blog Blogger. Apabila korang berblog, Navbar boleh menjadi perkara yang sangat berguna, tetapi kadang-kadang, ia juga menggangu permandangan blog..
Kebaikan Navbar ialah :

Sharing is caring ^_^

Tutorial - Cara untuk hilangkan "Subscribe to: post (Atom)"

Jika korang nak menghilangkan sepenuhnya (atau menyembunyikan) "Subscribe to: Posts (Atom)" dalam blog korang, Silalah baca.
Ok. Untuk menghilangkan "Subscribe to: Posts (Atom)" sangat mudah. Saya berharap korang tahu apa benda yang korang nak hilangkan tu. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi pembaca untuk melanggan Blog posts terbaru korang. Ia adalah sama seperti RSS (Really Simple Sindication). Ia baik untuk mempunyai pilihan langganan untuk blog kita, tetapi FeedBurner membantu menyediakan yang terbaik bagi langanan blog.

Sharing is caring ^_^

Freebies - Animated Note/Buletin Board 1

Kalau nak menuntut ilmu, biar sampai ke negara Menara Gading.. haha, tadi Balqis ada jalan2 cari info merentas benua. Balqis jumpa suatu yang menarik ^^ iaitu Animated Note/Buletin board. Kalau korang nak guna korang boleh ambil free. Tapi korang kena ingat, Flash ni bukan Balqis yang buat. Balqis peroleh benda ni dari Roodo.. Menurut blog tu, korang kena download Flash ni terlebih dahulu, kemudian upload dalam network korang sendiri, barulah korang boleh guna :)

Sharing is caring ^_^

Tutorial : JavaScript Image Slider untuk Blogger


Hari ini Balqis nak kongsi Tutorial blog yang sangat menarik. Apa yang Balqis nak ajar ialah cara untuk membuat Image Slider. Ia mengandungi reben di bahagian atas sebelah kiri dan diberi nama "Whats Hot". Ia juga mempunyai slice effect yang sangat cool yang membelah image kepada 12 bahagian ketika sliding. Apa yang lebih menarik ialah, korang boleh mengubahnya mengikut kesukaan dan citarasa korang. Ini bermaksud, korang boleh edit mengikut kesesuaian blog korang. Image slider ini dibuat melalui menucool.com dan diubahsuai oleh BloggerHelper untuk berfungsi dengan sempurna dalam blogger blog.

Sharing is caring ^_^

Pure Javascript Image Slider Preview



Pure Javascript Image Slider Preview
Ini merupakan Image slider pure javascript yang tidak menggunakan flash dan jquery.

Korang nak belajar cara buat image slider ni?
Caranya sangat mudah

Sharing is caring ^_^

Cara Hilangkan Logo Nuffnang di bawah Ads

Saya pasti, ada di antara korang yang rasa geram dan menyampah dengan logo nuffnang yang parking di bawah ads dalam blog korang kan? Korang nak tahu cara nak hilangkan logo tu? Hehehe. Ok jom kita tengok cara nak buang logo ni...



Caranya adalah sangat mudah dan simple. Sila ikut tutorial ini.

Sharing is caring ^_^

Cara Membuat Iklan Nuffnang Terapung

Sekiranya korang ingin membuatkan Iklan Nuffnang atau apa2 iklan korang terapung, korang sedang membaca entri yang tepat.

Pengubahsuaian ini membuatkan unit iklan Nuffnang menjadi statik. Apabila visitor blog anda scroll ke bawah atau ke atas untuk membaca kandungan blog korang, iklan kekal statik dan terapung. Oleh itu, ia dapat mengoptimumkan visibiliti iklan anda dan akan meningkatkan ads CTR (Click Through Ratio).

Sharing is caring ^_^

Cara Jadi Ordinary member Nuffnang

Q.Q Saya diturunkan pangkat menjadi Ordinary member Nuffnang.


Beberapa hari yang lalu saya terkejut kerana status Glitterati Nuffnang berubah ke Ordinary member. Saya tertanya-tanya mengapa ini terjadi, saya tidak pernah tampal apa-apa ads daripada sumber-sumber lain.

Sharing is caring ^_^

Cara Jadi Geng Gliterrati Nuffnang

Huhu dah naik Pangkat. Baru semalam saya postkan Cara jadi member ordinary Nuffnang Hari ni dah Naik Pangkat :D. Memang simple cara nak naik pangkat jadi Gliterrati member ni. Korang cuma setia (jangan add apa-apa iklan lain selain Nuffnang) kepada Nuffnang, itu sahaja. Oh ya!, dan korang jangan sembarang delete ataupun privatekan blog korang, karana itu boleh menyebkan korang diturunkan pangkat.

Sharing is caring ^_^

Cara Nak dapat Nuffnang CPUV

 

Salam ^_^, baru 3 hari lepas Balqis buat update pasal Nuffnang CPUV (Cost per unique visit) Khai Menghilang. Sekarang dah ada dah.. hehehe, korang nak tahu apa khai buat untuk dapatkan balik? hmm, Balqis cuma buat 1 benda simple jer. Balqis buat post pasal Nuffnang tu laa.. Hahaha. Mungkin post tu yang membuatkan blog Balqis dipilih, dan diberikan CPUV.

Sharing is caring ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved burairabalqisfaiha.blogspot.com/