Salam.. Hello Hello~
Sejak beberapa minggu ni, Balqis telah menerima beberapa e-mail daripada
pembaca bertanyakan tentang cara untuk memulakan blog baru. Selepas
berkongsi pendapat saya dengan mereka, beserta dengan beberapa tips dan
idea, Saya rasa, saya ingin membantu lebih ramai lagi, daripada hanya
berkongsi kepada beberapa orang sahaja. Itulah yang memberikan saya
inspirasi untuk membuat post ni.
Tips asas dan idea saya untuk korang memulakan blog baru.
10 tips yang saya harapkan saya tahu sewaktu saya mula menulis blog setahun yang lepas...
Walaupun Balqis baru setahun jagung, masih merasakan diri sebagai "newbie"
dan perlu mempelajari banyak lagi tentang blog, tapi saya mempunyai
banyak benda untuk dikongsi melalui pengalaman peribadi saya sama ada
baik atau buruk. Pada awalnya apabila saya mula menulis blog, ia adalah
sangat menarik dan menyeronokkan, namun ia juga kadang-kadang sangat
sukar dan mengecewakan. Saya habiskan masa berjam-jam tanpa henti
sehingga lewat malam semata-mata untuk mencari coding, HTML, blog
template, blog design dan banyak lagi. Saya bersyukur dengan semua yang
saya pelajari, dan ia adalah penting untuk membawa saya ke tahap yang
lebih tinggi lagi. Saya tidak mempunyai mentor sewaktu memulakan blog
dulu. Mungkin blog ini akan jadi lebih besar lagi kalau time tu ada
orang yang berikan tunjuk ajar :). Balqis harap, info ni akan membantu
korang dalam perjalanan dunia blogging korang.
Sebelum korang nak mulakan blog baru, korang tanya soan ni kepada diri sendiri:
Pernahkah korang terfikir untuk membuat blog sendiri tetapi tak tahu bagaimana cara nak mula?
Adakah korang mempunyai sesuatu yang istimewa dan unik untuk dikongsikan dengan orang lain?
Pernahkah korang tertanya-tanya bagaimana blog sebenarnya boleh menjana pendapatan?
Teruskan membaca kalau korang pernah fikirkan soalan-soalan tu..
Saya berterima kasih kepada seorang rakan baik yang telah memperkenalkan
blog dan memberikan inspirasi kepada Saya untuk memulakan blog. Sewaktu Balqis buat blog setahun yang lepas, ia cumalah sebagai suka-suka sahaja.
Sekadar ingin membuktikan yang Saya pun pandai buat blog. Pada masa tu, Balqis tak tahu banyak mengenai blog, bagaimana blog boleh menjadi
pengaruh yang besar dan sebanyak mana blog boleh memberikan maklumat
(dan boleh menjana income :D).
Itu merupakan cerita lalu. Setahun selepas tu, saya memang sangat suka
dan jatuh cinta dengan blogging. Di mana, saya boleh berkongsi segala
yang terlintas dalam fikiran dan bebas untuk menulis apa sahaja selagi
tidak melanggar mana-mana undang-undang. (Namun ia juga dibatasi oleh
masa dan idea untuk menulis ^_^v ) Apa yang cuba saya katakan di sini
ialah, sekiranya korang mempunyai sesuatu yang unik dan istimewa, ia
adalah sangat baik untuk dikongsikan dengan orang lain, dan blog
merupakan platfom terbaik untuk korang buat demikian!
So, mari sama-sama skodeng tips ni
1. Idea membuat blog
Benda pertama yang sangat penting korang perlu tanya kepada diri sendiri
sebelum membuat blog baru adalah membayangkan idea tentang blog korang,
adakah ia blog baru mengenai personal? ataupun sebagai tempat cari duit
a.k.a tempat perniagaan. Kebanyakan blog bermula sebagai personal blog
dan hobi, tetapi akhirnya bertukar menjadi tempat menjana pendapatan
yang sangat lumayan.
Soalan ini mungin boleh membantu korang pilih kategori blog yang korang nak buat:
Berapa banyakah masa yang korang sanggup luangkan untuk blog baru korang?
Berapa kerap korang menulis post baru dalam seminggu?
Adakah korang buat blog untuk :
i . Cari duit atau menjalankan perniagaan secara online?
ii . Menyebarkan maklumat dan informasi?
iii . Sebagai dairi atau personal blog?
v . Kawan ada blog jadi korang pun nak satu?
Soalan-soalan ini semuanya merujuk kepada komitmen dan kesetiaan korang
terhadap blog baru yang korang akan buat. Personal blog adalah sangat
sesuai kepada blogger baru. Korang boleh menentukan design blog,
bagaimana nak buat, gaya penulisan dan masa untuk diluangkan untuk blog.
Saya menulis kira-kira 1-4 post dalam seminggu (mengikut kerajinan,
idea dan masa ^_^). Tetapi, sekiranya korang nak buat bisnes melalui
blog, lain pula ceritanya. Kekerapan membuat post dalam seminggu adalah
sangat penting dan ini sudah tentulah akan memakan masa yang lebih dan
boleh memecahkan otak berfikir.
2. Buat Blog Baru, Bukan Kerana Wang
Sekiranya korang terfikir nak buat blog, teruskan untuk membuat blog
baru, tetapi bukan untuk buat duit (belum sampai masanya). Sebenarnya,
korang boleh bermula dengan keinginan untuk mendapatkan pendapatan
sampingan, tetapi ini akan mengambil sedikit masa. Apa yang Korang perlu
buat ialah menulis mengenai apa sahaja yang korang suka. Korang boleh
mengeluarkan segala idea, pemikiran dan keinginan & kemahuan korang
dalam blog. Ini akan membuatkan pembaca blog korang tertarik dan di
situlah semuanya akan bermula. Seperti mana-mana blog baru, ia mengambil
masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk untuk melihat hasilnya. Namun
ada juga blog yang hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk
berjaya. Semuanya bergantung kepada idea, kemahiran dan kreativiti blog
tersebut menarik minat para pembaca.
3. Pilih Platform Blog
Sebaik sahaja korang dah tentukan apa kategori blog yang korang nak buat
sama ada personal ataupun perniagaan ini akan membantu korang untuk
menentukan platform apa yang korang boleh gunakan. Terdapat dua platform
utama yang menyediakan perkhidmatan membuat blog baru secara PERCUMA
iaitu Blogger.com dan WordPress.org. Kedua-dua platform ini adalah mudah
untuk digunakan dan memang dicadangkan untuk blogger baru.
Saya menggunakan platform Blogger.com dan mempunyai domain .com yang
dibeli melalui webserver.com.my. Saya mencadangkan blogger baru untuk
bermula pada Blogger.com kerana ia sangat mudah digunakan dan mudah
untuk difahami. Tetapi sekiranya korang mempunyai impian yang besar
untuk memulakan perniagaan online, korang boleh memilih untuk bermula
dengan Wordpress.org lebih awal. Ini akan menjimatkan banyak wang dan
masa untuk peralihan data pada suatu masa akan datang.
4. Pilih Nama Blog
Langkah seterusnya ialah pemilihan nama bagi blog. Korang perlu tentukan
nama dan pastikan URL itu tersedia untuk digunakan. Terdapat zillion
laman-laman web dan blog ada terdapat dalam internet, dan saya pasti,
nama yang korang suka telahpun diambil orang lain. Sekiranya korang
bertuah, korang mungkin akan dapat menggunakan nama ataupun URL blog
yang korang suka.
Sekiranya korang ingin memulakan blog dalam mana-mana platform yang saya
ada sebutkan sebelum ni, saya cadangkan kepada korang untuk membeli
.Com sebenar atau .net untuk dijadikan domain blog korang. Korang boleh
pergi ke Webserver.com.my (terdapat banyak lagi web yang menyediakan
servis menjual domain) untuk membuat tempahan. Harga bagi sebuah domain
tidaklah semahal yang kita sangkakan. Kebanyakan web hosting menawarkan
Domain .com atau .net pada kadar RM30-RM45 setahun dan ini sebenarnya
sangatlah berbaloi.
5. Membuat Reka Bentuk Blog
Sama seperti pakaian yang kita pakai, reka bentuk blog akan menjadi
penyeri kepada apa yang ditulis di dalam blog. Blog yang simple
mempunyai background yang bewarna putih dengan penerangan blog pada
header. Ia boleh diperkembangkan lagi dengan grafik, teks dan warna yang
berbeza. Korang boleh lihat melalui blog dan laman web lain untuk
mendapatkan inspirasi tentang reka bentuk blog. Korang juga boleh buat
reka bentuk blog sendiri, ataupun mengupah mereka yang profesional. Apa
yang penting, Jangan sesekali "Copy paste" (Korang sudah tentu tak nak
blog korang sebiji cam design blog orang lain).
Balqis cadangkan untuk korang design blog sendiri, bersesuaian dengan
kemahiran korang seadanya. Mempelajari cara untuk membuat reka bentuk
blog adalah sangat menyeronokkan. Selain boleh mengetahui setiap fungsi
widget dan tools yang korang gunakan dalam blog. Korang secara tidak
langsung akan belajar mengenai Search Engine Optimization (SEO). Setelah
design blog korang telah siap, barulah korang boleh mulakan untuk
menulis post dengan tenang. Tetapi, jangan pula korang masuk blog,
sekadar untuk menghias blog.
6. Masukkan Gambar Dalam Setiap Post
Meletakkan gambar dalam setiap post yang korang tulis adalah sangat
penting. Bagi saya sendiri, gambar merupakan segala-galanya.
Sekurang-kurangnya korang perlulah meletakkan satu gambar dalam setiap
post yang korang buat. Pembaca lebih tertarik kepada gambar visual dan
membuatkan mereka membaca post korang dengan secara tidak langsung.
Gambar yang digunakan perlulah bersesuaian dengan post dan tidak terlalu
kecil untuk memudahkan orang lain melihatnya.
7. Mendapatkan Traffik Ke Blog
Traffik merupakan jumlah pengunjung (visitors) yang datang singgah ke
dalam blog. Ia merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu diambil
kira dalam blogging. Sekiranya tidak mempunyai traffik ke dalam blog,
maka tiada sesiapa pun yang tahu kewujudan blog kita. Korang kena pandai
memasarkan blog korang dengan membuat pengiklanan dan mempromosikan
blog. Cara yang paling mudah, adalah melalui laman sosial iaitu FaceBook
dan Twitter melalui wall post ataupun join mana-mana group blogger
dalam FaceBook yang sedia ada (Contoh : KelabBloggerBA,
Mr&MrsBlogger, ExTreemBlogger, PortBlogger, etc.). Cara yang kedua
pula ialah dengan membuat "Blog Ping". Terdapat banyak web yang
menawarkan perkhidmatan ping blog (Contoh : Busuk.org, Gilaping.com,
Blogged.my, etc.). Dengan bantuan blog ping, Kebarangkalian blog korang
tersenarai dalam search engine (Google, Bing, yahoo, etc) akan
meningkat.
Tapi sebelum mempromosikan blog, ada dua persoalan. Adakah blog korang
telah bersedia untuk dipromosikan? Berapakah jumlah post yang ada dalam
blog korang? 1st impression adalah sangat penting. Ini membolehkan
pengunjung datang dan kembali melawat blog kita dimasa hadapan.
8. Merapatkan Hubungan Dengan Blogger Lain
Setelah telah bersedia dan berjalan dengan lancar, korang bolehlah
mendekati blogger lain dalam kategori blog yang sama. Tubuhkan atau
menjadi ahli persatuan blog. Melawat blog lain dan tinggalkan komen pada
blog mereka. Lihat apa orang lain tulis dan bagaimana mereka dapatkan
trafik ke dalam blog mereka. E-mail ataupun hantarkan mesej melalui
facebook untuk memulakan perbualan kepada blogger lain. Untuk pergi
lebih jauh lagi, mulakan dengan membuat ikatah persahabatan dengan
blogger lain. Sekiranya mempunyai peluang untuk menghadiri mana-mana
perjumpaan blogger, jangan lepaskan peluang ini korang mungkin akan
mendapat kawan sepanjang hayat :D.
9. Nuffnang dan Google Adsense
Pada hari pertama, sememangnya tiada mana-mana pihak yang akan advertise
dalam blog korang. Blog belum mempunyai traffik, jadi ia tidaklah
begitu menguntungkan bagi mereka (belum tiba waktunya). Tapi korang tak
perlu risau, korang just letak widget iklan daripada Nuffnang ataupun
Google Adsense (Ataupun mana-mana web yang menawarkan perkhidmatah
sama). Korang boleh membuat akaun Gmail baru dan sign up untuk Google
Adsense, Sekiranya memilih untuk meletakkan Google Adsense.
Walaupun dengan hanya memperoleh 20 sen dalam bulan pertama, ia sudah
merupakan sesuatu. Semakin lama blog korang mempunyai iklan melalui
nuffnang ataupun Google Adsense, adalah semakin baik. Percayalah :)
10. Jadilah Diri Sendiri, Tulis Seperti Mana Yang Korang Cakap
Ini merupakan tips yang terakhir, jadilah diri sendiri, tulis seperti
mana yang korang cakap!. Kelemahan dan halangan utama saya sepanjang
menjadi blogger ialah, saya menjadi seperti robot yang memberikan
maklumat, tetapi tidak menulis dari hati. Pembaca blog yang setia
inginkan sebuah ikatan yang rapat dengan penulis, sebap itulah mereka
kembali dari masa ke semasa. Terdapat juga pembaca yang hanya membaca
blog yang tertentu sahaja kerana mereka sukakan personaliti penulis blog
tersebut. Perlu diingatkan di sini bahawa, kualiti adalah sangat
penting berbanding dengan kuantiti. Tetapi jumlah post yang banyak juga
membolehkan kebarangkalian blog untuk diindex oleh search engine menjadi
tinggi. Terpulanglah kepada korang nak buat yang mana satu.
Jangan memaksa diri korang untuk membuat post yang tidak mempunyai isi,
ataupun dengan "Copy paste" kandungan blog orang lain secara bulat-bulat
(dengan syarat memberikan sumber asal?). Ianya tidak berbaloi dan boleh
dianggap sebagai mencuri dan menipu diri sendiri. Sekiranya korang dah
ketandusan idea, dan hanya itulah satu-satunya cara korang untuk buat
blog post, korang boleh copy content blog lain, cuma tukarkannya kepada
cara penulisan korang sendiri dan berilah kredit kepada sumber asal. :)
Ok! setakat itu sajalah info Balqis
untuk para blogger baru. Balqis tahu ada banyak lagi tips dan idea yang
boleh dikongsikan dan ini hanyalah sebagai permualaannya, tetapi
sekurang-kurangnya korang dah tahu apa perkara asas yang perlu diketahui
dalam memulakan blog baru. Balqis harapkan semua yang terbaik dalam
perjalanan blog korang dan semoga berjaya ^_^. Kepada blogger Otai yang
tersinggah di sini, Balqis harap korang boleh kritik info ni dan suarakan
pandangan korang pada ruangan komen. Thanks ya ^_^
P/S menulis info ni buat Balqis rasa macam dah Pro, Hahahahaha~ Padahal Balqis Masih lagi Newbie :D
tip yg menarik..ty
ReplyDelete